Rabu, 11 Mac 2009

Untuk Perhatian Semua Perunding-perunding

Lawatan Tapak

Satu lawatan tapak akan diadakan pada 17hb Mac 2009. Detail bagi program tersebut akan disertakan kemudian.

Verifikasi Guna Tanah

Satu mesyuarat verifikasi guna tanah akan diadakan iaitu:
Tarikh : 18-19 Mac 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat
Kehadiran : 1. Penggawa & Penghulu (Pemimpin / Ketua Tempatan)

Kehadiran bagi pihak perunding akan ditentukan semasa Mesyuarat Pra Laporan Awal

Pelan Konsep

Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan untuk Cadangan
  • 3 blok kondominium 16-17 tingkat (342 unit kediaman)
  • 2 tingkat podium ruang tempat letak kereta
  • 1 unit kafeteria
  • 1 unit pondok pengawal
  • 1 unit bangunan utiliti
Di Atas PT 12317 (Plot 4R6) Presint 4,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2009-2020


Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat ialah:

Disediakan berasaskan konsep penswastaan dimana pihak perunding terlibat sepenuhnya daripada peringkat awal sehingga penyediaan Draf Rancangan Tempatan. Pusakan Teras daripada Pejabat Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia akan memberi input sebagai timbalawan, terutama dalam memastikan kajian disediakan selaras dengan format asas rujukan dan kualiti yang ditetapkan. Pasukan Teras kajian akan juga memberikan kerjasama didalam mengumpul data-data tanah terutama dimana "retrieval", adalah terhad kepada pihak perunding. Pasukan Teras, Majlis Daerah Tumpat, Pejabat Jajahan Tumpat dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri akan turut sama melibatkan diri semasa membentuk strategi pembangunan gunatanah kawasan rancangan tempatan.